Posts

Showing posts from December, 2022

JAHIL

Image
Jahil... Sewaktu saya bekerja di Bandar Melaka, saya ada seorang kenalan perempuan yang agak alim orangnya. Setiap kali solat waktu, belum habis azan lagi dia sudah ke bilik air untuk wuduk. Saya namakan dia sebagai Mila. Mila ni merupakan pekerja baru di tempat saya kerja dan sangat menjaga aurat dia. Bertudung labuh dan berjubah besar.  Seminggu Mila bekerja di tempat saya, baru saya perasan yang Mila ni sejenis yang kurang berkawan. Agak memilih orang untuk berkawan. Mila dengan saya tidak ada masalah, tetapi dia dengan pekerja-pekerja wanita lain agak kurang ukhwah nya lebih-lebih lagi yang tidak menutup aurat.  "Aku makan kat office je. Aku takut terikut sama jahil.." Tolaknya bila mendapati saya mempelawa salah seorang daripada pekerja makan bersama. Mila lebih rela makan sendirian jika bersama saya ada pekerja perempuan yang agak seksi pakaiannya atau tidak menutupi aurat walaupun mereka bukanlah beragama Islam. Saya biarkan Mila dengan keputusannya kerana...

ARJUNA DATANGLAH KEPADAKU

Image
  ARJUNA - DATANGLAH KEPADAKU Episod 3 Jika dia hilang sementara waktu pasti saya pula yang akan rindu… Rindu pada senyuman dia, rindu pada renungan mata dia, rindu pada syair qasidahnya dan rindu segala-galanya tentang dia. Pasti akan saya seru… "Arjuna datanglah kepadaku.." *** "Hulwati aku terpaksa pergi…" Pagi yang damai itu bertukar menjadi suram apabila Arjuna menyatakan itu kepada saya.  Setelah sekian lama saya bersamanya, selepas subuh yang tenang, Arjuna menyatakan dia akan pergi. "Pergi mana? Kenapa? Selamanya?" Bertubi-tubi soalan saya kemukakan dan Arjuna hanya menjawab dengan pandangan yang sayu. "Jawab Juna… Kemana? Kenapa? Selamanya kah?" Bergetar suara saya mengulangi soalan itu lagi. Arjuna masih merenung saya. Renungan yang mampu menembusi perasaan saya dan saya yakin jawapan yang bakal diberikan itu nanti akan membunuh jiwa saya.  "Hulwatiku…" Keluhan yang saya dapat teka apa yang tersirat.  "Janji kau apa? Sump...

SENGSARA MINYAK CENUAI

Image
SENGSARA MINYAK CENUAI Episod 2 Akhirnya Arjuna pergi juga setelah saya mengenali Izham, Arjuna hilang tanpa pesan. Hilang begitu sahaja dan saya langsung tidak perduli akan kehilangannya kerana bagi saya dia bukanlah sesiapa. Hanya jin yang suka menganggu ketenangan saya walaupun banyak kebaikan yang telah Arjuna beri kepada saya. Hubungan saya dengan Izham tidak lama. Setelah pelbagai onar yang dilakukan oleh Izham dan kawannya keatas saya, akhirnya saya berjaya kembali ke pangkuan keluarga (kisahnya boleh dibaca dalam penulisan saya bertajuk Ilmu Hitam dan Pendamping 1 2 3 & 4).   Demi menjaga keselamatan saya, ayah telah pindahkan saya ke Kelantan tempat kelahiran ayah. Menetap di rumah ibu saudara dan bersekolah disana sebagai persediaan untuk peperiksaan SPM.  Tamat tingkatan 5, saya kembali tinggal dengan mak dan ayah. Zaman menganggur yang sangat membosankan. Sementara menunggu keputusan SPM dan panggilan IPT, saya dapat keizinan daripada ayah untu...

HULWATI DAN MUHIBBI

Image
Bermula kisah antara saya dan Arjuna... Episod 1 Pada tahun 1997, ketika saya di tingkatan 3, saya telah mengikuti satu sesi perkhemahan kokurikulum anjuran pihak sekolah zon timur, Kem Janda Baik di salah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bentong Pahang.  Ada tak sesiapa di sini turut menyertai kem tersebut? Pengalaman 3 hari 2 malam yang sangat menyeronokkan. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan sepanjang sesi perkhemahan tersebut. Pulang daripada kem tersebut saya dapat khabar arwah nenek sakit (semput) dan meminta saya balik ke kampung kerana ketika itu saya tinggal bersama arwah makcik.   Keluarga saya terus membuat pemindahan sekolah serta merta kerana desakan nenek supaya saya berada di sampingnya selalu.  ********** Pagi itu azan subuh berkumandang. Seperti biasa saya akan bangun pagi untuk wuduk di luar rumah kerana ketika itu rumah saya sedang di 'renovate'. Sedang saya berteleku menunggu rasa sejuk hilang, tiba-tiba ada renjisan air jatuh k...

SAYA BUKAN AHLI NUJUM

Image
Ini bukan ramalan sebab saya bukan seorang 'Kahin'...   Saya jarang bercerita perihal alam sana... Tapi hari ini saya nak cerita apa yang berlaku pada saya malam tadi. Saya tak pasti samada patut atau tidak saya menulis disini. Panjang saya fikirkan sehingga saya tak lena. Alhamdulillah ada juga beberapa orang follower yg temankan  saya malam tadi... Borak-borak tentang kehidupan dan berkongsi sedikit ilmu. Terima kasih temankan saya malam tadi...😊   Malam tadi ketika semua sedang lena, kaki saya di rentap lembut dan hangat sekali sentuhannya... Dengan perlahan saya bangun, 'perempuan' itu meminta saya melihat keluar tingkap di kepala katil saya.    Allahuakbar... Bukan lagi kawasan rumah saya tapi selautan air yang sangat besar.   "Kita datang dari Kuala Tahan, air sungai Kuala Tahan sudah naik. Banjir besar akan berlaku.  Unggas dan haiwan di rimba mula mengumpul makanan, membina sarang malah ada berpindah ke kawasan yang ...

Cara 'tawarkan' diri sendiri daripada gangguan kecil...

Assalamualaikum...  MS nak kongsi cara tawarkan diri daripada gangguan-gangguan kecil makhluk halus atau apabila rasa nak marah, nak mengamuk atau tiba-tiba panas baran datang. Jika kalian nak tahu, rasa marah, mengamuk dan panas baran itu juga berpunca daripada gangguan syaitan dan iblis yang dinamakan sebagai Dassim (suka melihat ikatan silaturrahim dan ukhwah terputus).  1. Ambil wuduk, walaupun dalam keadaan tak suci (haid/nifas) kecuali selepas berjimak wajib mandi hadas dahulu. 2. Ambil segenggam rambut di bhgian ubun-ubun (pintu masuk makhluk halus) urut perlahan sambil beristighfar. Jika rambut pendek atau botak boleh urut di bahagian kulit kepala sahaja. Ulang sehingga rasa tenang.  Bila sudah rasa tenang... Pegang bahagian nadi di pergelangan tangan (sama seperti medik periksa nadi pesakit). Awali dengan Al Fatihah 3 kali, An-Nas, Al-falaq dan akhiri dengan Al Ikhlas 3 kali... Kemudian urut perlahan membawa ke hujung ibu jari tangan. Bila di penghujung, rentap p...

AKU PUNYA, JANGAN AMBIL...!!

Image
Aku punya, jangan ambil...!! Tempat jatuh akan dikenang, inikan pula jika ada parut yang tinggal. Saya yakin, di tubuh para sahabat FB saya pasti akan ada satu parut yang akan di kenang kisahnya sampai mati. Betul tak? Tak kiralah di mana tempatnya, tetapi sekali pandang pasti akan terus teringat bagaimana parut tersebut ada di situ. Sama seperti saya. Setiap kali memandang cermin pasti akan nampak kesan lekuk di dahi. Mujurlah bukan sejenis parut hitam, hanya kesan lekuk yang dalam. Apabila terpandang pasti saya akan tersenyum sendirian. Lasak juga saya ni kan? Pokok pun saya panjat apatah lagi hati kalian... Ceeewah... Gurau jer.🤭 Bagaimana parut tersebut boleh ada disitu? Mari saya ceritakan... Petang itu selepas asar, saya bersama Alin dan adik beradiknya berjanji untuk menziarahi Wati. Sudah 3 hari Wati tidak ke sekolah jadi kami berempat bercadang untuk menziarahi nya. Setibanya di rumah Wati, kelihatan dia sedang bersantai di bawah pokok asam jawa yang sedang berbua...

"Awak datang rumah saya, awak marah saya pula. Amboiii dia.." Suara itu terus memarahi saya dalam nada berbisik. Saya mempercepatkan langkah kaki namun terasa berat seperti di pegang oleh sesuatu.

Image
Tak lawak lah Jamilah... Cuti datang lagi, minggu itu semua penghuni asrama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Saya minta izin makcik untuk ikut Jamilah pulang ke rumah keluarganya. Alhamdulillah, makcik izinkan dengan syarat saya kena jaga diri dan selalu berhubung dengannya.  Rumah Jamilah terletak berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan atau dulunya terkenal dengan nama Pantai Cinta Berahi. Rumah kampung milik keluarga Jamilah sangat cantik. Rumah kayu beratap zink itu sangat unik. Mungkin dibina oleh seorang tukang ukir kerana setiap batang tiang rumah diukir dengan sangat halus dan teliti.  "Ini rumah arwah nenek aku. Sebelum nenek meninggal, nenek tinggal kat sini dengan atuk. Lepas nenek meninggal awal tahun lepas, kami pindah sini jaga atuk." Ujar Jamilah apabila melihat saya asyik memerhatikan setiap sudut rumah kampung tersebut. "Ukiran kat batang tiang ni atuk aku yang buat. Atuk aku buat perahu…" Sambungnya lagi. "Cantik.." Pu...