Cara 'tawarkan' diri sendiri daripada gangguan kecil...

Assalamualaikum... 

MS nak kongsi cara tawarkan diri daripada gangguan-gangguan kecil makhluk halus atau apabila rasa nak marah, nak mengamuk atau tiba-tiba panas baran datang. Jika kalian nak tahu, rasa marah, mengamuk dan panas baran itu juga berpunca daripada gangguan syaitan dan iblis yang dinamakan sebagai Dassim (suka melihat ikatan silaturrahim dan ukhwah terputus). 


1. Ambil wuduk, walaupun dalam keadaan tak suci (haid/nifas) kecuali selepas berjimak wajib mandi hadas dahulu.

2. Ambil segenggam rambut di bhgian ubun-ubun (pintu masuk makhluk halus) urut perlahan sambil beristighfar. Jika rambut pendek atau botak boleh urut di bahagian kulit kepala sahaja. Ulang sehingga rasa tenang. 


Bila sudah rasa tenang...


Pegang bahagian nadi di pergelangan tangan (sama seperti medik periksa nadi pesakit). Awali dengan Al Fatihah 3 kali, An-Nas, Al-falaq dan akhiri dengan Al Ikhlas 3 kali... Kemudian urut perlahan membawa ke hujung ibu jari tangan. Bila di penghujung, rentap perlahan seperti mencabut sesuatu akhiri dengan AUZUBILLAH MINASHAITAN NIRAJEEM أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطٰانِ الرَّجِيْمِ.


Buat di kedua-dua belah tangan dan ulang sehingga kurang rasa terganggu. 


Jika pesakit tidak mampu buat, minta orang lain tolong buatkan syarat wajib 


1. Mahram

2. Memakai alas bagi yang bukan mahram...

3. Buat dalam keadaan tenang, tenang bacaannya, tenang keadaan dan persekitaran walaupun yang di ganggu itu menjerit-jerit.


Semoga bermanfaat...


#Mayang_Sari

Comments

Popular posts from this blog

Tanpa Izinnya

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

MEE GORENG BASAH RINA