Posts

Showing posts from August, 2022

"Maaa... Benda apa tu?" Tiba-tiba anak lelaki saya yang sulung berbisik, matanya juga ditujukan kearah makhluk tersebut.

Image
Seram... Malam tadi lebih kurang dalam jam 2 pagi saya dikejutkan oleh satu bunyi seperti jug plastik terjatuh. Memandangkan bilik anak-anak lelaki saya berada di bahagian dapur, saya terus bangun dan tuju ke dapur bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik sebab sebelum ni pernah juga jug plastik tu jatuh di langgar oleh ular yang masuk dalam rumah saya pada awal tahun ini (2022).  Perlahan saya menyusur dalam cahaya yang samar-samar. Saya tidak membuka lampu bimbang jika benarlah itu ular, pasti ular itu akan terkejut dan melarikan diri. Lagi bahaya sebab tak tahu kemana ular itu akan menyorok. Perlahan saya mengendap, memang ada jug plastik jatuh ke lantai. Saya berundur perlahan untuk mengejutkan suami, tiba-tiba langkah saya terhenti bila ternampak sesuatu yang melayang-layang perlahan di udara seperti mengendap sesuatu. Mukanya membelakangi saya.  "Allahuakbar... Benda tu ke? Macamana dia masuk?" Bisik hati kecil saya. Dalam kesuraman malam bersuluh kan cahaya l...

Untuk tidak di anggap biadab, tumpukan sahaja ke hidung, ke mulut atau ke mana sahaja organ muka asalkan bukan ke mata.

Image
Pukau...  Entah bagaimana saya nak olah sebab benda ni terjadi tanpa kita sedar. Si pengamal pun tidak menunjukkan ciri-ciri atau tanda-tanda awal bahawa dia akan pukau kita. Jadi seeloknya untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, cuba elakkan daripada disentuh/menyentuh orang yang tidak kita kenali. Elakkan memegang sesuatu pemberian dengan secara langsung tanpa beralas. Elakkan mengambil pemberian seseorang dengan secara langsung contohnya menyambut dari tangan ke tangan. Kiranya ingin mengambil, biarkan si pemberi meletakkan barangan itu dahulu barulah kita ambil di dahului dengan selawat dan bacaan "Auzubillah Minashaitan Nirajeem (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.)" Jika berlakunya keraguan dalam sesuatu permintaan sebagai contoh, orang yang kita tidak kenali tiba-tiba meminta wang, barang kemas atau barangan yang berharga daripada kita, segeralah beredar kerana mungkin kita akan menjadi mangsa pukau, kita bakal kehilan...

"Buat apa kat situuuuu... Marilah main bersaaammmaaa.." Makhluk itu mengajak saya bermain dengannya sambil ketawa.

Image
Malam Jumaat...  Kebetulan malam ini malam Jumaat, saya ada satu kisah nak kongsi bersama pembaca semua. Kisah ini berlaku semasa saya bercuti di rumah arwah ibu saudara saya yang terletak di felda Padang Piol. Seingat saya ketika itu usia saya dalam lingkungan 9 ke 10 tahun, begitulah.  Saya dan beberapa orang sepupu agak nakal masa tu. Masing-masing hati memang kering gila kecuali saya. Hijab saya yang mudah terbuka ni membuatkan saya menjadi seorang yang sangat penakut kerana saya mampu melihat apa yang mereka (sepupu) tidak boleh nampak.  "Dik, malam ni malam Jumaat!! Biasanya benda tu datang malam Jumaat. Nak tengok tak?" Sepupu lelaki yang sebaya dengan saya membuka cerita. "Ah tak nak aku...!" Jawab saya bersahaja.  "Penakut!! Kau kan tak percaya, mai lah aku tunjuk" Pancing sepupu lelaki saya lagi.  "Eh mana ada... Aku tak takut lah cuma aku malas!" Saya cuba mengelak. "Jom lah dik." Pujuk dia lagi. "Yelah kami ...

Tidur malam hanya beralaskan tikar getah, berbumbungkan langit. Apabila hujan turun atau panas terik, saya akan berlindung di bawah kaki tangki air.

Image
ILMU HITAM DAN PENDAMPING 4. Bismillahirrahmanirrahim… Lama sangat tergantung kisah Ilmu Hitam dan Pendamping sehingga menjadi tanda tanya kepada para pembaca apakah yang terjadi kepada Izham dan Hisyam. Saya akan cerita satu persatu supaya pembaca fahami dengan baik.  Saya mengenali Izham pada awal tahun saya di tingkatan 4. Izham merupakan pelajar tumpang di sekolah saya. Dia telah dibuang daripada sekolah lamanya kerana telah melakukan banyak kes salah laku. Walaupun begitu, pada mata saya Izham sangat baik orangnya. Izham juga satu-satunya orang yang faham dengan keadaan saya dan tahu apa yang sedang saya alami. Kisah saya kali ini tidaklah banyak mengenai ilmu hitam ataupun kisah seram. Sekadar ingin bercerita bagaimana saya melepaskan diri daripada Izham dan Hisyam. Terdahulu saya ada menceritakan kisah mereka dalam Ilmu Hitam Dan Pendamping 3. Sebaik sahaja saya berjaya melarikan diri daripada rumah pak cik saya, saya menetap di rumah bujang Hisyam bersama teman ...

TRAGEDI MALAM PERTUNANGAN.

Image
Tragedi di malam pertunangan... Malam itu dengan perasaan yang gembira kami bertolak ke kampung. Hampir bertahun kami bercinta, bermula di bangku sekolah hinggalah ke medan pekerjaan. Akhirnya, esok pagi kami akan mengikat tali pertunangan.  Jam di tangan sudah menunjukkan angka 12. Malam itu perjalanan daripada Kota Melaka ke Negeri Pahang terasa sangat jauh walaupun kami sudah biasa berulang alik pada hujung minggu.  "Nak singgah Muadzam tak sayang…?" Soalnya kepada saya.  Saya menggeleng kerana tidak mahu berlengah-lengah lagi. Bukan tak sabar nak bertunang, tapi perasaan rindu pada mak, ayah dan adik telah memanggil-manggil untuk pulang.  "Sayang, ada perempuan jalan kaki lah. Nak tumpangkan tak..?" Soalnya tiba-tiba kepada saya.  Saya melihat di bahu jalan. Memang benar dari jauh kelihatan seorang perempuan memakai jubah sedang berjalan.  "Suka hati lah. Dah malam ni nak kemana lah tu… Kesian nya…" Omel saya.  Dia memperlahankan kereta...

MAAFKAN ABANG MONA

Image
MAAFKAN ABANG, MONA... Assalamualaikum. Ada yang menunggu cerita dari saya tak? Malam ni saya nak cerita satu kisah seram yang mungkin akan menganggu emosi para pembaca. Kisah ini pernah viral, mungkin kalian pernah membacanya di page atau group lain.  Pertama saya ingin nyatakan bahawa kisah ini telah lama berlaku. Lebih kurang dalam 20 tahun yang lalu ketika saya masih di bangku sekolah.  Ketika saya masih anak-anak hingusan yang tidak kenal erti syirik, khurafat dan kufur. Saya cerita di sini bukan untuk menunjuk hebat atau sebagainya. Sekadar untuk renungan kita bersama.  Kisah ini juga merupakan salah satu daripada pengalaman saya mengikut Izham dan Hisyam mengubat orang (Ilmu hitam dan pendamping episod 1, 2 & 3).  Kisah ini bermula apabila ada salah seorang daripada penduduk kampung meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang pertama.  Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan manakala si ibu meninggal dunia. Selepas itu kampung tersebut...

WAD HUJUNG

Image
Gambar sekadar untuk hiasan. #Wad_Hujung Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Malam ni nak cerita pengalaman saya duduk di wad hujung ketika melahirkan anak yang ke 2. Masa lepak-lepak di ruangan menunggu menanti keputusan darah ayah keluar, saya teringat pada satu peristiwa sewaktu melahirkan anak perempuan yang kedua di sebuah hospital lama sebelum berpindah ke kawasan lain dan bangunan baru yang lebih selesa. Peristiwa itu berlaku pada 16 tahun yang lalu.  Ogos 2006, selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan puteri hati tercinta, saya di pindahkan ke wad biasa. Memandangkan katil di bahagian hadapan telah penuh, jadi saya diletakkan ke wad paling hujung dimana beberapa langkah sahaja boleh sampai ke pintu kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya Pada hari tu, saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar, oleh kerana itu lah juga saya terpaksa bermalam di wad bersalin untuk memastikan saya dan anak sihat apabila dibenarkan meninggalkan ...

Tanpa Izinnya

Image
Tanpa izin-Nya Assalamualaikum semua... Ada yang menanti cerita daripada saya tak..? Malam ini suasana agak suram, terasa seperti ingin kongsi satu cerita bersama pembaca. Jika ada yang pernah membaca kisah Ilmu Hitam dan Pendamping i, ii dan iii pasti akan faham apa yang saya cuba sampaikan... Cerita ini adalah cerita lama. Zaman saya di sekolah menengah sebelum saya kenal Azham. Sedikit pecahan cerita kisah antara saya dan dia. Untuk memudahkan saya bercerita saya namakan dia Arjuna walaupun saya tidak pernah tahu akan namanya ketika itu. Saya sentiasa melihat dia. Kadang kala dia senyum dan kadang kala dia hanya diam membisu. Berkali-kali saya mengusirnya pergi namun dia tetap tegap disitu ibarat panglima menjaga sang puteri.  Arjuna sering membuat kan saya berasa rimas dengan gurau senda nya. Kadangkala Arjuna membaling sesuatu dan kadang kala menyembunyikan sesuatu semata-mata untuk menarik perhatian saya. Sayangnya Arjuna hanya menyalakan api kemarahan saya. ...

“Itu lah… Orang tidur kau menulis… Tulis yang bukan-bukan. Kau puja dia datang lah!!”

Image
Bonsai Melur Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya bersama Bonsai Melur kesayangan saya. Cerita kali ini agak pendek, sengaja ditulis untuk menemani malam kalian yang sunyi. Ada tak diantara pembaca gemar menanam bonsai? Cerita ni dah lama berlaku cuma tiba-tiba saya teringat apabila sedang mengemas rumah di kampung terjumpa puisi yang tidak sempat siap ditulis. Kisah ini berlaku sejurus selepas saya tamat SPM pada tahun 1999. Selepas semua masalah dan konflik yang mengganggu saya tamat. Walaupun tidak sepenuhnya tetapi saya bersyukur kerana ayah dan mak dah mula ambil berat tentang masalah saya.  Pada tahun tersebut, rata-rata suri rumah gemar menanam bonsai. Sejenis pokok bunga berdahan besar di cantas menjadi pokok-pokok kecil yang rendang dan cantik.  Pelbagai bentuk dan nama diberi. Ia terdiri daripada pokok bunga kertas, pokok melur, pokok beringin dan sebagainya. Ketika itu, pokok-pokok bonsai boleh dilihat di merata-rata tempat termasuk di taman ...

MEE GORENG BASAH RINA

Image
Mee Dari Rina . Kisah ini terjadi hampir belasan tahun yang lalu sebelum saya mendirikan rumahtangga. Waktu tu saya menyewa di sebuah rumah yang terletak di tengah bandar. Suasana yang agak sibuk daripada pagi membawa ke petang hinggalah ke larut malam memang tidak menjadi alasan untuk saya merasa takut sekiranya keseorangan di rumah pada malam hari jika kawan-kawan bekerja shift malam atau keluar melepak sehingga lewat malam. Untuk dijadikan cerita. Malam tu saya tinggal bersendirian di rumah manakala rakan-rakan yang lain ada urusan mereka sendiri. Ada yang keluar makan malam bersama pasangan masing-masing dan ada yang keluar untuk bekerja. Bagi diri saya yang tidak suka keluar malam, memang di rumahlah tempat saya melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Ketika itu hujan turun mencurah dengan lebatnya tanpa belas kasihan. Memandangkan suasana di luar rumah yang agak bising dengan hiruk-pikuk kenderaan yang lalu lalang menjadikan keadaan tidak lah terlalu suram. Sedang ...