"Maaa... Benda apa tu?" Tiba-tiba anak lelaki saya yang sulung berbisik, matanya juga ditujukan kearah makhluk tersebut.




Seram...

Malam tadi lebih kurang dalam jam 2 pagi saya dikejutkan oleh satu bunyi seperti jug plastik terjatuh. Memandangkan bilik anak-anak lelaki saya berada di bahagian dapur, saya terus bangun dan tuju ke dapur bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik sebab sebelum ni pernah juga jug plastik tu jatuh di langgar oleh ular yang masuk dalam rumah saya pada awal tahun ini (2022). 

Perlahan saya menyusur dalam cahaya yang samar-samar. Saya tidak membuka lampu bimbang jika benarlah itu ular, pasti ular itu akan terkejut dan melarikan diri. Lagi bahaya sebab tak tahu kemana ular itu akan menyorok.

Perlahan saya mengendap, memang ada jug plastik jatuh ke lantai. Saya berundur perlahan untuk mengejutkan suami, tiba-tiba langkah saya terhenti bila ternampak sesuatu yang melayang-layang perlahan di udara seperti mengendap sesuatu. Mukanya membelakangi saya. 

"Allahuakbar... Benda tu ke? Macamana dia masuk?" Bisik hati kecil saya. Dalam kesuraman malam bersuluh kan cahaya lampu jalan (tingkap kaca) memang jelas itu dia. 

"Maaa... Benda apa tu?" Tiba-tiba anak lelaki saya yang sulung berbisik sambil memandang makhluk itu. Mungkin dia juga telah dikejutkan dengan bunyi bising tersebut lalu menyusul tanpa saya sedar. 

"Penanggal!" Balas saya perlahan kerana tidak mahu mengejutkan benda yang sedang merayau-rayau perlahan di ruang dapur. 

Saya menarik tangan anak lelaki saya supaya berundur dan tujuan saya adalah untuk mencapai penyapu lidi (buluh yang diraut halus seperti lidi, telah disimpan lama menggantikan sengat pari yang telah hilang dulu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya benda itu masuk ke rumah) yang berada di bilik tidur saya. 

"Buat apa dalam gelap ni?" Suara garau suami memecah kesunyian serentak dengan cahaya terang lampu dapur yang dibuka oleh suami. 

"Allahuakbar..." Saya dan anak ketawa serentak bila mendapati yang terawang-awangan di dapur itu bukan lah penanggal tetapi belon helium anak kecil saya yang berbentuk sotong kurita terlepas daripada ikatan. 

Maka pagi hari tu, berderailah ketawa kami bertiga... Maaflah jika tak seram cerita kali ni... Sekadar untuk memeriahkan malam kalian sebelum melelapkan mata...

#Mayang_Sari🤣

Facebook : Mayang Sari (Adik)

Comments

Popular posts from this blog

Tanpa Izinnya

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

MEE GORENG BASAH RINA