Untuk tidak di anggap biadab, tumpukan sahaja ke hidung, ke mulut atau ke mana sahaja organ muka asalkan bukan ke mata.


Pukau... 

Entah bagaimana saya nak olah sebab benda ni terjadi tanpa kita sedar. Si pengamal pun tidak menunjukkan ciri-ciri atau tanda-tanda awal bahawa dia akan pukau kita.

Jadi seeloknya untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pukau, cuba elakkan daripada disentuh/menyentuh orang yang tidak kita kenali. Elakkan memegang sesuatu pemberian dengan secara langsung tanpa beralas. Elakkan mengambil pemberian seseorang dengan secara langsung contohnya menyambut dari tangan ke tangan. Kiranya ingin mengambil, biarkan si pemberi meletakkan barangan itu dahulu barulah kita ambil di dahului dengan selawat dan bacaan "Auzubillah Minashaitan Nirajeem (Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.)"

Jika berlakunya keraguan dalam sesuatu permintaan sebagai contoh, orang yang kita tidak kenali tiba-tiba meminta wang, barang kemas atau barangan yang berharga daripada kita, segeralah beredar kerana mungkin kita akan menjadi mangsa pukau, kita bakal kehilangan duit ribu-ribuan ringgit. Beredarlah tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, kerana setiap patah ayat yang keluar daripada mulut kita akan mewujudkan perbualan dan melalui perbualan itulah sihir itu akan dilaksanakan. Beredar tanpa menoleh lagi. 

Penting saya nak ingatkan disini, sekiranya kita dihubungi oleh si penipu yang berlagak sebagai pegawai penguatkuasa atau badan kerajaan, tolong jangan teruskan perbualan walaupun kita dah tahu mereka penipu tetapi 'gatal biang' nak melayan kononnya nak kenakan mereka semula dengan merekodkan perbualan kononnya nak viral di jadikan content... Itu adalah silap paling besar kerana melalui itu juga mereka boleh mengenakan sihir keatas kita. Jadi, terus hentikan perbualan, letak telefon!! Jadi jangan hairan yer kenapa doktor, cikgu, professor atau orang yang bijak pandai boleh hilang puluhan ribu ringgit dek kerana scammer dalam talian...

Jika kita sedang berurusan dengan seseorang seperti jurujual, peminta sedekah atau seseorang yang melibatkan kewangan cuba elakkan bercakap sambil bertentang mata kerana bimbang jika mereka berurusan menggunakan kaedah pukau. 

Untuk tidak di anggap biadab, tumpukan sahaja ke hidung, ke mulut atau ke mana sahaja organ muka asalkan bukan ke mata. Melalui mata, sihir juga boleh di lepaskan selain daripada hembusan nafas (ditiup) ke muka mangsa. 

Jadi sentiasalah mohon perlindungan dengan Allah SWT sebelum melangkah keluar daripada pintu rumah. Semoga kita semua dilindungi daripada ilmu hitam dan sihir durjana... Aamiin...

#MayangSariAdik🕊️

Facebook : Mayang Sari (Adik)

Comments

Popular posts from this blog

Tanpa Izinnya

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

MEE GORENG BASAH RINA