TRAGEDI MALAM PERTUNANGAN.


Tragedi di malam pertunangan...

Malam itu dengan perasaan yang gembira kami bertolak ke kampung. Hampir bertahun kami bercinta, bermula di bangku sekolah hinggalah ke medan pekerjaan. Akhirnya, esok pagi kami akan mengikat tali pertunangan. 

Jam di tangan sudah menunjukkan angka 12. Malam itu perjalanan daripada Kota Melaka ke Negeri Pahang terasa sangat jauh walaupun kami sudah biasa berulang alik pada hujung minggu. 

"Nak singgah Muadzam tak sayang…?" Soalnya kepada saya. 

Saya menggeleng kerana tidak mahu berlengah-lengah lagi. Bukan tak sabar nak bertunang, tapi perasaan rindu pada mak, ayah dan adik telah memanggil-manggil untuk pulang. 

"Sayang, ada perempuan jalan kaki lah. Nak tumpangkan tak..?" Soalnya tiba-tiba kepada saya. 

Saya melihat di bahu jalan. Memang benar dari jauh kelihatan seorang perempuan memakai jubah sedang berjalan. 

"Suka hati lah. Dah malam ni nak kemana lah tu… Kesian nya…" Omel saya. 

Dia memperlahankan kereta untuk berhenti. Saya membuka tingkap bersedia untuk bertanya. Tetapi semakin kereta mendekati semakin jauh perempuan itu berjalan. Kereta kami tidak juga berjaya mengejar perempuan itu. Perasaan hairan mula bertandang di hati kami. Dia beristighfar sambil membaca Al Fatihah dan ayatul Qursi. 

Tiba-tiba dia memecut laju kereta sambil mengalunkan azan. Tumpuan saya tetap pada perempuan itu. Akhirnya berjaya memotongnya dan betapa terkejutnya kami apabila melihat perempuan itu tidak mempunyai wajah. Lebih mengejutkan lagi, kereta yang di pandu sudah berada di tengah-tengah jalan dan hampir terbabas dengan kenderaan besar. Mujur lah kenderaan itu tidak laju dan dia sempat masuk ke lorong yang betul. Jika tidak sudah pasti kami sudah menjadi arwah di malam pertunangan.

Melihat saya sudah pucat lesi ibarat orang yang putus nafas. Dia memberhentikan kereta di sebuah kedai makan di tepi jalan. 

"Kita singgah minum dulu yer. Chini jauh lagi. Minum-minum je buat hilang terkejut.." Bisiknya perlahan sambil membelok masuk ke pekarangan sebuah warung di tepi jalan. Saya mengangguk setuju. 

"Dik… Pakcik dah nak tutup kedai ni…" Sapa pemilik kedai itu apabila melihat kami duduk di kerusi.

"Tak apa pakcik, tumpang duduk sekejap. Orang rumah saya nak ambil angin. Pakcik kemas lah dulu. Dah reda nanti kami beredar…" Jawab dia lembut.

Di meja makan saya merenung dia yang sedang membaca sesuatu di dalam botol air minuman saya.

"Sayang… Awak nampak apa yang saya nampak..?" Soal saya perlahan. 

Dia mengangguk sambil menyapu wajah saya dengan air kosong itu berselang seli dengan selawat keatas nabi. Sedikit demi sedikit semangat saya pulih. 

"Awak tak cerita pun pada saya awak boleh nampak benda-benda macam tu" Soal saya lagi apabila dia mendiamkan diri sambil merenung saya dengan penuh kasih sayang.

"Habis tu sayang, kadang-kadang awak tak sedar diri, histeria kat rumah sewa tu siapa yang tolong settle kan…?" Soalnya kembali, matanya tetap merenung wajah saya.

"Jadi tak perlu lah susah-susah saya nak cerita pada awak tentang saya…"

"Yer sayang… Tak perlu saya dah tahu. Ok jom dah lewat ni nanti susah hati mak…" Pintasnya sebelum habis saya berkata-kata.

Saya fikir, perempuan yang berjalan itu tadi adalah manusia seperti saya, seperti kita kerana dia juga boleh melihatnya. Sebab itu saya bersetuju dengan niatnya untuk menumpang kan perempuan itu. 

Majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Dua cincin di sarung ke jari sebagai tanda saya bakal menjadi isterinya. 

Niat hati nak bercuti lama, sayangnya kami hanya diberi cuti selama satu hari sahaja. Sesudah selesai majlis pertunangan kami mengambil keputusan untuk pulang awal. Tidak mahu terserempak dengan benda-benda ghaib seperti malam tadi. 

Dalam perjalanan pulang, dia menceritakan kepada saya tentang arwah datuknya yang ada kelebihan mengobati orang yang terkena ilmu hitam serta membuang saka. Maka faham lah saya kenapa dia boleh melihat apa yang saya nampak.

"Eh sayang… Kedai yang kita singgah tu dah tak ada…" Tiba-tiba dia mengubah cerita. Kereta diperlahankan….

"Yer lah… Gerai orang asli tu kat sini lah malam tadi kan..?"

Jawab saya kerana saya perasan di seberang jalan berhadapan dengan kedai makan itu ada gerai orang asli menjual barang. Gerai orang asli itu masih berada di tempatnya tetapi kedai makan tersebut sudah hilang. Hanya tinggal tanah kosong yang semak-samun sahaja. Tanpa berfikir panjang, dia meneruskan perjalanan kami ke Melaka. 

Update : Menurut beberapa orang yang tahu kisah perempuan tu, jika kita terus mengikut dan tdk memotongnya, sudah pasti kenderaan yang kita pandu akan terbabas atau merempuh kenderaan lain. Ia membuat kita menjadi lalai dan leka. Nasihat saya jika terserempak dengan 'dia' antara jalan Muadzam ke Bandar Chini menurun bukit, tolong abaikan, sentiasa berzikir dan membaca ayat2 AL Quran. Jangan di kejar atau mengekori dia kerana kita akan menjadi mangsa kemalangan di jalan raya yang lurus. 

#TragediDiMalamPertunangan
#MayangSari

Kredit gambar : #azri_muhammad 
Azri Muhammad

Comments

Popular posts from this blog

Tanpa Izinnya

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

MEE GORENG BASAH RINA