Al Fatihah Penawar Hati


Dahulu, saya pernah duduk dalam situasi yang sangat-sangat tersepit. Waktu itu tak saya tak nampak jalan keluar daripada masalah tersebut, saya keseorangan kerana waktu itu saya telah membuang keluarga dan para sahabat. Ketika itu juga yang saya nampak hanya 1 jalan mudah... MATI!!

Sedang saya merintih pada Allah dan pelbagai nazar saya janjikan supaya saya dilepaskan daripada kesempitan ini, teringat kepada pesanan seseorang... Bacalah AL Fatihah... In Shaa Allah segala yang sulit akan dipermudahkan...

Saya ambil wuduk saya duduk dalam keadaan selesa... Saya baca AL Fatihah... Baca... Baca dan terus membacanya sehingga saya tertidur. Angka terakhir yang saya catatkan di kertas adalah 44 kali. 

Alhamdulillah satu persatu Allah tunjukkan kepada saya jalan keluar daripada masalah tersebut. Sehingga saya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. 

Buat pengetahuan semua, sehingga kini, walaupun saya sudah hidup tenang... Saya masih amalkan AL Fatihah sebagai ratib terakhir selepas solat selain zikir dan Ayatul Kursi. Saya akan baca AL Fatihah sebanyak mungkin dan kadangkala sehingga saya tersandar di dinding kerana terlelap. 

Saya tidak mahu tulis apa yang saya dapat selepas amalkan ratib Al Fatihah kerana saya mahu kalian mencubanya sendiri. Cuba lah... Syafaatnya nanti kalian akan dapat lihat selepas mengamalkannya. 


Comments

Popular posts from this blog

Tanpa Izinnya

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

MEE GORENG BASAH RINA