KAKAK CANTIK (PONTIANAK)
Kakak Cantik
Kakak cantik atau dikenali sebagai pontianak ini adalah jelmaan jin yang menyerupai si mati. Saya tidak pasti daripada mana panggilan pontianak ini diperolehi, jika tidak silap saya di Jawa atau Indonesia mereka menggelarkan nya sebagai kuntilanak.
Kakak cantik ini tidak boleh menyerupai atau berubah bentuk. Bagaimana asalnya si mati begitu lah kejadiannya. Kakak cantik ini tidak boleh beranak pinak dan tidak juga dibela sebagai saka. Kakak cantik ini merupakan jin liar yang pernah dipuja satu masa dahulu untuk memenuhi KEPERLUAN peribadi contohnya seperti…
Suami yang kematian isteri ketika melahirkan anak, kerana terlalu sayang, dia memuja mayat si isteri untuk dijadikan sebagai peneman yang bukan belaan. Bermakna bila-bila masa jin itu akan bebas sekiranya si suami meninggal dunia. Maka berkeliaran lah kakak cantik itu sehingga kini. Selagi tiada yang 'membunuhnya atau menamatkan riwayat' pemujaan itu, selagi itulah dia akan terus berkeliaran.
Ada juga yang memuja mayat perempuan mati bersalin ini untuk membalas dendam. Kebiasaannya yang memuja ini adalah ahli keluarganya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan seseorang yang menjadi penyebab perempuan itu meninggal dunia. Selepas dendam itu terbalas, maka jin itu akan dilepaskan pergi. Maka bebaslah kakak cantik itu berkeliaran di muka bumi.
Kesian kan?
Membela saka, memakai susuk atau mempunyai pendamping jin kafir juga boleh jadi penyebab wujudnya kakak cantik ini. Meninggal dunia ketika
melahirkan anak tanpa membuang dahulu segala saka, susuk atau pendamping juga boleh menyebabkan jin yang menunggu segala ilmu hitam tersebut mengambil alih rupa si mati dan berkeliaran sebagai kakak cantik.
Kakak cantik ini jarang menunjukkan rupnya yang buruk sebab fizikal dia memang cantik. Dia akan menyerupai si mati dalam sebaik-baik kejadian untuk memperdayakan manusia. Biasanya yang menjadi mangsa adalah lelaki-lelaki mata keranjang yang suka kepada perempuan cantik. Untuk apa? Untuk menghisap darah…π Itulah caranya dia mencari makan. Darah segar manusia…
Sekarang saya tak pasti masih ada lagi ataupun tidak pemujaan sebegini dilakukan. Sebab sekarang rasanya belum isteri meninggal dunia pun dah ada yang nikah lainπ.
Pernah tak MS jumpa kakak cantik…
Pernah sangat-sangat… Pertama kali saya telah kisahkan dalam penceritaan saya bertajuk Maafkan Abang Mona.
Kali dua sewaktu saya belajar di Melaka. Masa tu saya bersama beberapa orang kawan baru balik makan KFC di Malim. KFC di Malim ni memang famous lah masa tu sebab ayam dia besar-besar dan rangup berbanding di tempat lain. Siapa yang duduk di Melaka memang tahu lah sejarah KFC ni.
Masa tu Stadium Hang Jebat dalam pembinaan. Sewaktu lalu di jalan tersebut, kawan saya perasan ada seorang perempuan sedang berjalan dengan sangat perlahan.
"Wei korang nampak tak apa aku nampak?" Soal dia kepada saya dan yang lain.
"Jalan je lah. Jangan tegur. Kul 12 kot.." Jawab salah seorang daripada kami.
Memang jelas perempuan tu berjalan perlahan di tepi kereta kami.
"Bawak lah laju sikit. Perlahan sangat kot. Kau nak dia tumpang kita ke?" Kawan saya yang duduk di penumpang hadapan sudah mulai cuak.
"Jangan-jangan… Jangan laju lagi… Biar jer dia… Korang baca lah ayat Qursi." Saya yang duduk di bahagian penumpang belakang pula bersuara melarang kawan saya memandu lebih laju lagi.
Kawasan tu memang gelap gelita sebab masih tiada lampu jalan dan ada tapak perumahan baru dibina.
"120 Siot…" Jerit kawan saya yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu tadi bila tengok meter kereta.
Apalagi, daripada nyanyian lagu Morden Talking, terus bertukar jadi zikir di mulut masing-masing. Bila sahaja sampai di lebuh raya, tiba-tiba perempuan itu terbang melintasi kereta kami menuju ke arah tempat pembuangan sampah. Memang tak nampak muka dia, hanya rambut panjang mengurai sampai ke lutut.
Sebenarnya, kakak cantik tu bukanlah berjalan perlahan. Hanya kami yang rasa dan nampak dia berjalan perlahan. Dia lebih laju daripada kereta kami. Jika kami tidak perasan dan hilang pertimbangan dek kerana perasaan takut pada malam itu lalu cuba untuk melarikan diri daripada dia, boleh jadi kami akan jadi mangsa kemalangan ngeri maka kenduri besarlah dia pada malam itu. Dapat merasa darah anak dara suntiπ€£.
Cerita kedua…
Ini masa saya bergaduh dengan Iman dan masih dengan ikatan pertunangan lagi… Masa tu nak balik ke Melaka… Sewaktu melewati jalan Chini ke Muadzam, tiba-tiba Iman perasan yang kami dah dua kali melintasi jambatan timbang JPJ. Saya fikir itu hanyalah helah Iman untuk berbaik dengan saya. Maka saya abaikan sahaja.
Tiba-tiba Iman tarik saya supaya duduk paling dekat dengan dia. Sampaikan saya dah duduk atas handbrake. Mula-mula saya meronta juga, jual mahal lah kan… Ingat senang nak pujuk…
"Dengar sini dulu lah… Tu tengok…" Iman memaut muka saya ke arah cermin pandang belakang.
Buntang mata saya bila nampak kakak cantik elok jer bertenggek atas bonet kereta. Tapi kakak cantik ni tidak pakai kafan putih. Dia memakai kebaya merah seperti orang dulu-dulu. Saya yakin, dia meninggal sebab susuk yang belum sempat dibuang. Maka jin penunggu susuk itu sudah menyerupai dia. Melalui cermin pandang belakang, nampak jelas dia betul-betul pandang saya dan Iman. Cantik orangnya…
Lama juga lah dia tumpang sampai lah satu masa tu kereta turun ke bahu jalan sebab tak dapat nak fokus, jalan atas tanah merah. Melambung-lambung kereta. Tiba-tiba dia hilang macam tu jer. Tercicir kot π.
Cerita ketiga…
Masa ni saya menumpang tidur di rumah pekerja ladang sawit di Kampung ______.
Anaknya kawan baik dengan saya… Kononnya nak rasa kehidupan di kampung.
Rumahnya betul-betul di dalam ladang kelapa sawit. Mandi di kali tapi bukan perigi tau. Ia merupakan lubang yang di gali dan ada mata air di dalamnya. Sejuk dan nyaman sekali. Tidak ada elektrik dan talian telefon. Hanya bergantung kepada generator sahaja untuk menyalakan lampu kalimantang.
Malam pertama memang tidak ada yang pelik-pelik. Tiba malam kedua, suasana sangat berlainan sekali. Tiba-tiba saya terhidu bau bunga tanjung. Hati saya sudah terasa tidak selesa sebab kedengaran seperti orang mengibar kain.
Tiba-tiba bunyi ayam betina…
Kok… kok… kok… kok…
Tidak lama kemudian berganti dengan bunyi kucing betina ingin mengawan. Saya bangun perlahan melihat kawan saya yang sedang lena. Saya tahu bunyi apa itu...
Beberapa minit kemudian kedengaran ayah kawan saya yang saya panggil bapak itu membuka pintu depan. Jelas kedengaran tapak kaki bapak menuju ke belakang rumah. Bapak menyalakan unggun api dibelakang rumah. Tingkap Nako saya buka sedikit untuk lihat apa yang bapak sedang lakukan.
Unggun api di nyalakan dan jelas di mata saya kakak cantik itu terbang ke atas pucuk pokok pinang sambil mengerang seperti orang sedang meneran ingin melahirkan… Sebenarnya dia marah sebab api atau cahaya adalah musuh utama kakak cantik.
"Udah, tidur saja kok… Bapaknya Lida menghalau kuntilanak… Enggak papa kok… Lidanya sedang uzur… Menunggu padnya dibuang harus…" Haaa lebih kurang macam tu lah ayat Ibu Lida yang saya ingat…
Cerita keempat…
Kisah ini berlaku masa saya duduk menyewa di Genting Highlands. Apartment tu kalau saya bagitau mesti para paranormal tahu sangat dimana tempatnya.
Masa tu saya nak buang sampah di tingkat bawah. Jam pun masih awal lagi. Dalam lingkungan pukul 10 macam tu. Waktu saya nak naik tangga, tiba-tiba da bau bunga. Wangi sangat.
"Aduh janganlah… Jangan lah…" Bisik hati saya sebab masa tu saya sedang uzur, hari kedua.
Tiba-tiba di atas tembok, saya nampak dia tegak berdiri di situ. Tegak membelakangi saya. Rambut dia panjang sampai ke lantai. Saya selaju mungkin panjat tangga sebab malam-malam macam ni memang saya takut naik lift. Huhuhu… Lagi laju saya naik ke tingkat atas dia ada di setiap tingkat. Seolah-olah saya tidak berganjak daripada situ. Tapi saya yang dah biasa dengan permainan dia ni, saya abaikan sampai lah saya tiba di tingkat hostel saya.
Kebetulan Salwa ada di kaki lima sedang minum bersama teman sebelah. Reda sikit perasaan takut saya. Serentak dengan itu, kakak cantik itu pun terbang tegak naik ke bumbung bangunan sebelah sana.
Kakak cantik ni tidak lah seperti yang digambarkan dalam televisyen tau cerita-cerita seram. Dia bukanlah berjubah putih bersih. Apa yang di pakainya merupakan kafan yang terbuka ikatannya. Cara terbang pun bukan seperti Superman, tapi dia terbang berdiri dan sangat laju seperti burung.
Ada yang pernah jumpa kakak cantik ni… Jom kongsi dengan para pembaca yang lain…
Baca dulu naaa... Saya tidur dulu... Jumpa esok ππ
#MayangSari
Assalamualaikum pink/ms, lama nak tanya benda ni, betulkah kalau nak cik ponti jadi manusia / jadi isteri kena cucuk paku kat tengkuk dia. Sbb akk pernah baca dlm buku kisah misteri dulu2.
ReplyDelete