"Mung gi kelik lah. Male-male toksoh dok mari lah... Dio tok beso kawase nih, susuk dok hantu kopek, payoh. Gih kelik, esok ceroh baru lah mari." ujarnya lagi.

Gambar : KKN Desa Penari.

Dikir Barat...

Cerita ni dah lama yer. Lebih kurang dalam tahun 90an macam tu lah. Seingat saya ketika itu umur saya dalam 9 ke 10 tahun. 

Masa tu saya sekeluarga balik kampung ayah yang terletak di sempadan Terengganu Kelantan. Kampung 'Dale' Rhu namanya. Kebetulan pada malam itu latihan dikir barat diadakan untuk majlis penyerahan anak angkat pada keesokkan harinya.

Buat pengetahuan para pembaca. Pada tahun 90an, sistem pertukaran pelajar ini memang sering diadakan. Setiap pelajar (IPT) akan di serahkan kepada keluarga angkat supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan tempat, persekitaran dan susana baru. Contohnya, beberapa pelajar daripada Pahang akan di hantar ke Kelantan manakala pelajar daripada Kelantan akan di hantar ke Pahang. Mereka akan diserahkan kepada beberapa keluarga angkat yang terpilih. Mereka akan menetap bersama keluarga angkat lebih kurang selama 1 minggu. Saya tak pasti adakah sistem ini masih ada atau telah ditukar kepada sistem yang lebih baik. 

Kembali kepada kisah saya. 

Sepupu belah ayah mengajak saya untuk menonton latihan dikir barat tersebut. Memandangkan saya tidak pernah melihat dikir barat ini sangatlah teruja lalu saya bersetuju. 

Selepas makan malam, kami bergerak. Kami menyusur ladang tembakau, Bau wangi daun tembakau menemani perjalanan kami menuju ke sana. Dalam perjalanan menuju ke tempat latihan, tak putus-putus kami bersembang dan gelak ketawa. 

Setibanya di tempat latihan (padang), sebaik sahaja saya menjejak kaki disitu tiba-tiba tukang karut yang baru nak mula dengan paluan gong (sejenis alat muzik) itu berhenti lalu memandang saya. 

"Anok ayoh chik nih, pagi takdi baru sapa " sepupu saya menjawab bila disoal kan siapa saya. 

"Mung gi kelik lah. Male-male toksoh dok mari lah... Dio tok beso kawase nih, susuk dok hantu kopek, payoh. Gih kelik, esok ceroh baru lah mari." ujarnya lagi. 

Kami menurut, sebelum melangkah pulang sempat saya menoleh ke arah tukang karut itu. Sebaik sahaja gong di palu dan dikir barat dimulakan, di tengah-tengah para pengikut dikir barat itu muncul perempuan cantik sedang menari dan perempuan itu turut memandang saya dengan satu pandangan yang sangat indah sambil tersenyum manis. Saya tak pasti samada tukang karut dan pengikutnya itu nampak ataupun tidak perempuan tersebut. Apa yang pasti, gerak tarinya sangat lembut dan mempersona mengikut rentak irama paluan rebana dan gong. 

Saya yang sudah terbiasa dengan keadaan itu hanya mampu membalas senyum sebelum berlari anak mengejar sepupu-sepupu yang telah jauh ke hadapan depan meninggalkan saya. Takut di sorok hantu nenen agaknya🤭. 

Siapa perempuan itu? Wallahualam... 

Mayang Sari🕊️

Facebook : Mayang Sari (Adik)

Comments

Popular posts from this blog

Tanpa Izinnya

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

MEE GORENG BASAH RINA