Posts

Al Fatihah Penawar Hati

Image
Dahulu, saya pernah duduk dalam situasi yang sangat-sangat tersepit. Waktu itu tak saya tak nampak jalan keluar daripada masalah tersebut, saya keseorangan kerana waktu itu saya telah membuang keluarga dan para sahabat. Ketika itu juga yang saya nampak hanya 1 jalan mudah... MATI!! Sedang saya merintih pada Allah dan pelbagai nazar saya janjikan supaya saya dilepaskan daripada kesempitan ini, teringat kepada pesanan seseorang... Bacalah AL Fatihah... In Shaa Allah segala yang sulit akan dipermudahkan... Saya ambil wuduk saya duduk dalam keadaan selesa... Saya baca AL Fatihah... Baca... Baca dan terus membacanya sehingga saya tertidur. Angka terakhir yang saya catatkan di kertas adalah 44 kali.  Alhamdulillah satu persatu Allah tunjukkan kepada saya jalan keluar daripada masalah tersebut. Sehingga saya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.  Buat pengetahuan semua, sehingga kini, walaupun saya sudah hidup tenang... Saya masih amalkan AL Fatihah sebagai ratib t...

DESTINASI MIMPI

Image
Assalamualaikum para pembaca. Penulisan MS kali ini mungkin agak keliru. Harap ia tidak akan memesongkan akidah kita semua. Ianya hanya satu cerita mengenai sebuah perjalanan semoga ada manfaat dan pengajaran yg kita dapat daripada kisah ini.  Destinasi Mimpi... Selesai kenduri di rumah berwarna hijau itu saya terus minta diri untuk beredar. Selepas berbalas salam dengan tuan rumah, saya ikut berjalan bersama beberapa orang pemuda yang mengenakan jubah putih dan berkopiah.  "Anak murid tuan rumah lah agaknya…" Bisik saya sendirian kerana saya tidak mengenali mereka. Wajah mereka putih bersih serta berbau wangi. Sebenarnya saya sendiri tidak pasti apa hubungan saya dengan tuan rumah dan untuk apa saya hadir di majlis tersebut. Tiba-tiba 2 utas tasbih jatuh daripada genggaman saya. Sewaktu saya ingin menunduk untuk mengambilnya, salah seorang daripada pemuda tersebut telah mendahului saya.  "Saya teman kan kamu berjalan yer… Tapi saya hanya dapat temankan sampa...

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

Image
  ILMU HITAM DAN PENDAMPING (i). Walaupun peristiwa ini berlaku hampir 28 tahun yang lalu namun ianya terpahat kukuh di ingatan saya. Peristiwa yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup. Satu persatu perjalanannya tetap utuh diingatan saya sehingga ke hari ini. Pada hari kejadian . Ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 1.30 tengahari. Matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya membuatkan cuaca hari itu panas terik.  Sedang saya memanja-manjakan diri bermain dengan 'brick game' di beranda rumah (rumah kampung) tiba-tiba hujan turun renyai-renyai membasahi bumi membuatkan bau hangit tanah naik menusuk ke hidung. Dari kejauhan saya ternampak kakak sedang berjalan memasuki lorong menuju ke pintu pagar rumah.  "Siapa pakai jubah hitam tu dik.?" Tegur arwah nenek sambil mengecilkan matanya. "Mana ada jubah hitam. Kakaklah tu pakai baju sekolah." Jawab saya endah tak endah kerana bagi saya ianya bukanlah satu perkara yang penting. "Buk...