Posts

Showing posts from April, 2023

"Bukan kakak lah. Apa hodoh sangat rupanya itu.?" Soal arwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

Image
  ILMU HITAM DAN PENDAMPING (i). Walaupun peristiwa ini berlaku hampir 28 tahun yang lalu namun ianya terpahat kukuh di ingatan saya. Peristiwa yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup. Satu persatu perjalanannya tetap utuh diingatan saya sehingga ke hari ini. Pada hari kejadian . Ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 1.30 tengahari. Matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya membuatkan cuaca hari itu panas terik.  Sedang saya memanja-manjakan diri bermain dengan 'brick game' di beranda rumah (rumah kampung) tiba-tiba hujan turun renyai-renyai membasahi bumi membuatkan bau hangit tanah naik menusuk ke hidung. Dari kejauhan saya ternampak kakak sedang berjalan memasuki lorong menuju ke pintu pagar rumah.  "Siapa pakai jubah hitam tu dik.?" Tegur arwah nenek sambil mengecilkan matanya. "Mana ada jubah hitam. Kakaklah tu pakai baju sekolah." Jawab saya endah tak endah kerana bagi saya ianya bukanlah satu perkara yang penting. "Buk...