Posts

Showing posts from November, 2022

Jelmaan lelaki yang berambut panjang paras bahu itu benar-benar bermakna bagi saya yang sedang mengubati sendiri luka di hati. Siang nampak saya gembira tapi malam saya ibarat si gila Laila mengejar cinta Majnum.

Image
Datanglah kepadaku... "Awak tahu tak dia dah kawin? Selama awak berkawan dengan dia, awak langsung tak tahu dia ni suami orang?" Soal ibunya kepada saya. "Awak tak kesian ke tengok isteri dia dengan anak dia tu?" Tambahnya lagi sambil menuding jari ke arah perempuan yang sedang menangis sambil memeluk bayi berusia lebih kurang dalam 5 bulan.  Saya terkedu duduk terperuk di tepi dinding manakala dia yang saya namakan sebagai Ayie itu gigih menghalang ibunya mendekati saya. Hiruk pikuk sekali suasana di dalam rumah itu dengan jerit pekik ibunya mamaki hamun saya dan tangisan anaknya yang mungkin kelaparan susu. "Maa dah lah, adik tak salah maa. Ayie yang salah, Ayie tak cerita pun kat dia Ayie dah kawin…" Berkali-kali Ayie terangkan kepada ibunya keadaan sebenar. "Mung jangan nipu Yie. Sepatutnya bukan dia mu peluk, nung bini mung yang mung kena pujuk. Bukan betina nim… Heee dokleh lah aku… Mujur anok orang, kalu anok sendiri aku lada doh bi...

Perlahan-lahan Indera dan Seri meninggalkan saya. Mereka kata saya sudah besar. Sudah tiba masanya mereka pergi. Waktu itu saya sangat sedih kerana akan kehilangan dua orang sahabat yang sangat baik. Sebelum mereka pergi, mereka berpesan kepada saya supaya saya sentiasa menjaga diri.

Image
ILMU HITAM DAN PENDAMPING (II) Cerita tentang arwah atuk. Seperti yang saya janji dengan pembaca untuk bercerita tentang arwah atuk. In Shaa Allah saya akan cuba menceritakan kisah ini dengan lebih jelas lagi.  Sebenarnya arwah nenek tidak berminat untuk bercerita tentang arwah atuk. Mungkin kerana amanah arwah atuk sebelum meninggal dunia supaya arwah nenek menyimpan rahsia ini sehingga hujung nyawa. Saya juga yang ketika itu masih berusia setahun jagung memang tidak lah nak bertanya macam-macam. Lebih baik saya menggali pasir buat istana, mencari kayu untuk dibuat bahan bakar bermain masak-masak di tepi sungai belakang rumah atau korek pasir mencari ketam kecil sepit satu. Segala cerita tentang arwah atuk ini saya dapat daripada buah mulut orang kampung. Bukanlah daripada keluarga saya sendiri. Alhamdulillah semuanya adalah perkara yang baik-baik sahaja. Itu pun selepas arwah nenek meninggal dunia. Maka saya tidak sempat bertanya sejauh mana kebenaran cerita ini....