Posts

Showing posts from October, 2022

Makhluk itu mula mendekati saya dan bau busuk seperti bangkai mula mengganggu pernafasan saya. Makhluk itu meletakkan tangannya yang kasar itu ke pipi saya, matanya yang buntang dan hampir terkeluar itu memandang tepat ke mata saya. Giginya yang tajam itu menyeringai ibarat serigala bersedia untuk meratah mangsa.

Image
Gambar sekadar hiasan Tarik Harta "Dik… Malam ni kita ikut orang pergi tarik harta nak?" Tanya Hisyam sambil tersenyum. "Hah? Tarik harta? Harta siapa?" Soal saya kurang faham, pandangan saya beralih pula kepada Izham di sisi.  "Harta ni orang 'sana' punya... Kita ambil sikit jer…" Terang Hisyam pendek.  "Mencuri lah tu… Tak nak lah…" Sanggah saya tidak bersetuju. "Izham pun nak ikut, kalau dapat nanti kita boleh tolong orang susah. Dengan apa yang kita dapat, kita boleh bersedekah dan bagi bantuan kepada orang yang memerlukan…" Pujuk Hisyam dan saya setuju apabila disebut tentang sedekah.  Malam itu selepas saya mendapat kepercayaan ayah dan mak untuk bermalam di rumah kawan, saya terus hubungi Izham supaya menjemput saya untuk dibawa ke rumah Hisyam.  Setibanya di rumah Hisyam, ada beberapa orang lagi yang akan turut serta bersama kami. Menurut Hisyam mereka terdiri daripada orang yang ada masalah kewangan. Ada yan...