"Mung gi kelik lah. Male-male toksoh dok mari lah... Dio tok beso kawase nih, susuk dok hantu kopek, payoh. Gih kelik, esok ceroh baru lah mari." ujarnya lagi.
Gambar : KKN Desa Penari. Dikir Barat... Cerita ni dah lama yer. Lebih kurang dalam tahun 90an macam tu lah. Seingat saya ketika itu umur saya dalam 9 ke 10 tahun. Masa tu saya sekeluarga balik kampung ayah yang terletak di sempadan Terengganu Kelantan. Kampung 'Dale' Rhu namanya. Kebetulan pada malam itu latihan dikir barat diadakan untuk majlis penyerahan anak angkat pada keesokkan harinya. Buat pengetahuan para pembaca. Pada tahun 90an, sistem pertukaran pelajar ini memang sering diadakan. Setiap pelajar (IPT) akan di serahkan kepada keluarga angkat supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan tempat, persekitaran dan susana baru. Contohnya, beberapa pelajar daripada Pahang akan di hantar ke Kelantan manakala pelajar daripada Kelantan akan di hantar ke Pahang. Mereka akan diserahkan kepada beberapa keluarga angkat yang terpilih. Mereka akan menetap bersama keluarga angkat lebih kurang selama 1 minggu. Saya tak pasti adakah sistem ini masih ada atau telah ditukar...